MULA!

Perkataan magik - MULA. Mengapa?

Daripada angan kepada tindakan... daripada berhenti kepada gerakan... daripada lama kepada baru... bagaimana ia berlaku?

Ia berlaku kerana ada yang 'memulakannya.'

Untuk perubahan berlaku, kita mesti 'bermula.'

Apabila kita bermula, ikut Hukum Alam, pasti ada akhirnya. Akhiran itulah keputusan. Tapi kena mulakan. Itulah sebabnya mula itu magik.

Memulakan sesuatu bermakna kita memberikan tenaga. Tenaga akan mencipta daya. Bila orang dulu-dulu berkata,"Nak seribu daya, taknak seribu dalih" sebenarnya mereka merujuk kepada 'daya' yang tercipta apabila kita bermula.

Dan MULA adalah sebahagian 'Formula Kejayaan Jurujual Baru' yang bakal kita teroka bersama. Formula kejayaan ini amat mudah dan telah terbukti di mana-mana tempat tanpa mengira batas bangsa, bahasa dan budaya.

Ia juga berkesan untuk apa jugak produk dan pasaran yang anda terlibat harini.

Formula ini merupakan hasil kajian seorang pakar Psikologi yang menggunakan falsafah tabiat dan tindakan manusia sebagai asas pembinaan prinsip-prinsip jualan baru.

Kita sudah memulakan langkah pertama. Kita sudah pun bermula.

Ada antara kita yang telahpun menggunakan formula ini untuk promosi produk MLM (Multi Level Marketing). Ada kisah kejayaan yang mereka boleh kongsi tetapi kisah-kisah tersebut masih terhad kerana kurang pengamal. Walaubagaimanapun, kejayaan mereka tidaklah sekecil jumlah mereka.

Kisah-kisah mereka akan dikongsikan di sini dari semasa ke semasa.

Kisah-kisah mereka yang menjual Insurance dan Unit Trust juga sedang dikumpulkan.

Semak halaman ini selalu untuk perkembangan terkini.

mulakan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan